LinkedIn Bakal Menambah Permainan Berbentuk Tekaria

TechnologyGamingDigital
17 Mar 2024 • 3:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

LinkedIn, salah satu perkhidmatan sosial yang memfokuskan golongan pekerja dan profesional, kini dilihat akan menambah sokongan permainan pada platform mereka. LinkedIn dijangka akan memfokuskan permainan berbentuk tekaria, dan mungkin membolehkan anda bersaing antara rakan sekerja, atau dengan rakan dari syarikat-syarikat lain di LinkedIn.

Permainan tekaria berbentuk lebih kurang seperti Wordle, teka silang kata, berbentuk kiraan dan sebagainya dijangka ditambah ke LinkedIn ini. Langkah ini juga dijangka akan membuatkan pengguna menghabiskan masa lebih lama pada LinkedIn, selain menjadikan perkhidmatan berkenaan lebih aktif digunakan.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved