LinkedIn Menambah Sokongan GIF Dalam Ruangan Komen

Technology
18 Jun 2026 • 3:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

LinkedIn kini membolehkan pengguna menambah GIF terus dalam ruangan komen sebagai cara baharu untuk memberi respon kepada kemas kini. Fungsi ini hadir dalam versi terbaru aplikasi LinkedIn, dengan pilihan GIF ditambah pada kotak balasan.

LinkedIn

Menurut perkongsian Ketua Pegawai Produk LinkedIn, Hari Srinivasan, ciri baharu ini memberikan cara mudah untuk memilih dan menambah imej bergerak dalam balasan komen. Meskipun ia mungkin dianggap sebagai kemas kini kecil, beliau yakin bahawa masih ada segelintir pengguna yang akan mula menyedari bahawa paparan LinkedIn kelihatan lebih hidup daripada biasa lantaran penggunaan GIF ini. Ciri ini turut boleh dijumpai bersama pilihan muat turun imej dan emoji dalam kotak balasan.

Sebelum ini, GIF hanya boleh digunakan dalam mesej peribadi atau iklan dengan satu imej sahaja. Sementara itu untuk paparan di ruangan utama (paparan LinkedIn), pengguna perlu menukar GIF kepada fail video MP4 terlebih dahulu agar ia boleh dimainkan. Namun begitu, dengan kemas kini terbaru GIF boleh digunakan secara terus tanpa perlu melalui proses tambahan.

Image from: LinkedIn Menambah Sokongan GIF Dalam Ruangan Komen

Selain itu, dalam perkembangan yang sama, LinkedIn turut mengemas kini paparan pilihan pada kemas kini dengan menyusunnya dalam satu baris yang lebih ringkas. Perubahan ini menjadikan susun atur lebih memudahkan pengguna untuk menggunakan setiap fungsi secara terus.