LinkedIn Perkenalkan Butang Melaporkan Kandungan Janaan AI

Technology
31 Jul 2026 • 11:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

LinkedIn Perkenalkan Butang Melaporkan Kandungan Janaan AI

Media sosial sekarang dipenuhi “konten” yang membuang masa dan tidak menyumbang kepada pertumbuhan sel-sel otak seperti susu Anlene. Situasi semakin teruk sejak kecerdasan buatan (AI) diperkenalkan hampir 4 tahun lalu menyebabkan lambakan “mahakarya” dimuat naik ke media sosial oleh insan yang tidak mempunyai superbakat seperti Sakuragi Hanamichi.

Image from: LinkedIn Perkenalkan Butang Melaporkan Kandungan Janaan AI

Jika anda benci melihat penulisan AI di LinkedIn, laman media sosial profesional ini baru sahaja memperkenalkan butang “seems like AI slop” untuk melaporkannya. Ciri diperkenalkan selepas Pangram – aplikasi mengesan penulisan AI – melaporkan 40% kandungan LinkedIn tidak ditulis oleh manusia.

Sekurang-kurangnya LinkedIn mempunyai usaha untuk mengurangkan sampah AI dipaparkan dalam platform mereka. X menggalakkan kandungan sampah AI yang semuanya adalah sama dan di Facebook pula video sampah AI membanjiri susur masa dengan topik yang sama kategorikan sebagai menjijikkan.

Sumber – 404 Media

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved