Lintah Darat raikan jiwa Borneo

LocalMusic
7 May 2025 • 4:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mohd Nazllie Zainul

DUO sumandak Velvet Aduk dan Marsha Milan kembali mengubati rindu peminat mereka menerusi single duet terbaharu Lintah Darat.

Mula berkolaborasi menerusi lagu popular Sumandak Sabah pasangan sahabat karib itu berpendapat lagu baharu terbabit disifatkan sebagai meneruskan ‘passion project’ mereka dalam industri seni tempatan khususnya Sabah.

Marsha berkata Lintah Darat adalah sebuah karya istimewanya bersama Velvet kerana lagu berkenaan diperkaya dengan alunan instrumen dan ritma yang mencerminkan identiti mesyarakat Sabah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Bagaimanapun lagu ini sesuai untuk semua peringkat umur dan masyarakat ekoran bergenre ‘moden folk’ yang segar dan autentik. “Tambahan pula single terbaharu kami ini boleh dikatakan seperti kemunculan semula selepas beberapa tahun menyepi.