Lipas hidup ditemui dalam usus lelaki yang disyaki tertelan bersama makanan jalanan

LocalHealth & Fitness
21 Oct 2024 • 10:02 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang lelaki tidak menyangka seekor lipas hidup sepanjang 3 sentimeter ditemui dalam usus kecilnya selepas mengalami masalah penghadaman selama beberapa hari.

Lelaki berusia 23 tahun itu pada mulanya mendapatkan rawatan di Hospital Fortis, Vasal Kunj, New Delhi, kerana mengadu sakit perut yang berterusan serta kesukaran menghadam makanan.

Doktor yang merawat pesakit tersebut segera melakukan prosedur Upper Gastrointestinal (GI) Endoscopy, satu prosedur bagi memeriksa bahagian atas saluran penghadaman pesakit, untuk mengenal pasti punca sebenar masalah yang dialaminya. Namun, apa yang ditemui dalam pemeriksaan tersebut amat mengejutkan — seekor lipas hidup berada di dalam usus kecil pesakit.

Dr. Shubham Vatsya, salah seorang doktor yang terlibat berkata, pesakit mengalami masalah perut selama dua hingga tiga hari selepas menikmati makanan jalanan di sebuah pasar malam.

“Kami terkejut apabila mendapati lipas itu masih hidup di dalam usus kecil pesakit,” katanya.

Menurut beliau, terdapat dua kemungkinan bagaimana lipas tersebut masuk ke dalam badan pesakit: sama ada ia merangkak masuk ketika pesakit sedang tidur, atau pesakit secara tidak sengaja menelannya ketika menikmati makanan di pasar malam.

Setelah lipas tersebut dikesan, pasukan perubatan mengambil tindakan segera dengan menggunakan alat endoskop yang mempunyai dua saluran — satu untuk pengaliran air dan udara, dan satu lagi untuk penyedutan. Alat ini berjaya menghisap lipas tersebut keluar dengan selamat.

Dr. Vatsya juga menjelaskan, jika lipas tersebut tidak dikeluarkan dengan segera, ia boleh menyebabkan komplikasi serius, termasuk jangkitan penyakit. Pesakit kini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas rawatan tersebut. – Agensi

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved