Liputan 100 Peratus Rangkaian Internet Jalur Lebar Dan 4G Di Kawasan Berpenduduk Boleh Dicapai Pada Penghujung Tahun Ini

TechnologyDigital
7 Mar 2025 • 12:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di acara Mobile World Congress 2025 yang sedang berlangsung di Barcelona, Sepanyol, Maxis, syarikat telekomunikasi tempatan telah mengadakan satu pembentangan mengenai teknologi 6-way MOCN (Multi-Operator Core Network) yang digunakan bersama-sama syarikat-syarikat telekomunikasi yang lain.

image is not available

Dengan pembangunan JENDELA fasa kedua dimulakan pada penghujung tahun 2023, kita kini sedang dalam proses untuk menaiktarafkan rangkaian 4G dari aspek liputan dan kualiti, dan menurut pihak Maxis, bersama-sama dengan penaiktarafan pencawang dan pembangunan pencawang 4G dan 5G baru, ia dijangka bahawa Malaysia akan mencapai 100 peratus liputan komposit rangkaian 4G dan internet jalur lebar pada penghujung tahun 2025.

image is not available

Peratusan liputan rangkaian internet untuk kawasan berpenduduk di Malaysia setakat ini dianggarkan adalah berada pada tahap 98.38 peratus sehingga 30 September 2024, jadi liputan 100 peratus menjelang penghujung 2025 bukanlah sesuatu yang mustahil.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved