Liputan 5G Kini Mencapai 70.2% Kawasan Berpenduduk Di Malaysia

TechnologyDigital
9 Oct 2023 • 10:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kini berkongsi menyatakan kadar liputan rangkaian 5G kini telah mencapai angka 70.2% kawasan berpenduduk di Malaysia. Hal ini dijayakan dengan binaan sebanyak 5,873 tapak 5G setakat 30 September 2023 lepas.

Walaubagaimanapun, jumlah langganan masih rendah, iaitu sekitar 7.4% sahaja, atau 2.49 juta direkodkan buat masa ini.

image is not available

Pada hari ini, enam syarikat telekomunikasi sedia menawarkan pelan 5G masing-masing kepada pelanggan, termasuk Maxis, CelcomDigi, U Mobile, TM Unifi Mobile, YTL Communication dan juga Yoodo.

Turut dikongsikan adalah Pakej 5G Rahmah yang diperkenalkan pada 31 Ogos 2023 lepas kini mempunyai sekitar 50,999 langganan – dan dijangka terus meningkat dalam bulan-bulan akan datang. Dibawah pakej berkenaan, selain penawaran pelan, kerajaan turut memberikan subsidi sebanyak RM120 untuk penaik-tarafan peranti 5G.