Liputan Gentian Optik, Kelajuan Purata Internet Jalur Lebar Kebangsaan Melepasi Sasaran

TechnologyDigital
20 Mar 2023 • 12:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Program JENDELA diperkenalkan untuk memperbaiki liputan dan mutu rangkaian sambungan internet untuk manfaat rakyat dan penduduk di Malaysia. Program ini, yang diperkenalkan sejak awal 2020 telah membantu dalam meningkatkan liputan dan mutu rangkaian internet bukan sahaja di kawasan berpenduduk, tetapi juga di kawasan luar bandar.

SKMM dijangka akan memperlihatkan laporan suku keempat 2022 pada penghujung bulan ini, tetapi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil telah sedikit sebanyak memberi pengesahan bahawa jumlah liputan dan purata kelajuan internet jalur-lebar kebangsaan telah melepasi sasaran yang ditetapkan.

image is not available

7.74 juta premis telah diliputi dengan sambungan gentian optik setakat penghujung tahun 2022, melepasi sasaran 7.5 juta premis yang ditetapkan sebelum ini. Ia dijangka bahawa menjelang 2025, sebanyak 9 juta premis akan mempunyai sambungan gentian optik ini.

Dari segi purata kelajuan internet jalur-lebar mudah-alih pula, beliau mengatakan bahawa ia kini berada pada kelajuan 116.03Mbps, jauh melangkaui sasaran 35Mbps yang juga ditetapkan untuk hujung tahun tersebut. Berkemungkinan ini adalah termasuk kelajuan sambungan rangkaian 5G yang diperkenalkan baru-baru ini.

Liputan 4G di kawasan berpenduduk juga kini berada pada tahap 96.92 peratus, 0.02 peratus lebih tinggi daripada sasaran yang ditetapkan. Seperti yang dikatakan, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan membekalkan lebih banyak butiran mengenai pencapaian sepanjang suku keempat tahun lepas pada penghujung tahun ini.