
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini berkongsi menyatakan liputan internet di Malaysia kini mencapai angka 99.71% kawasan berpenduduk, sekaligus memperlihatkan peningkatan progresif sejak inisiaitif JENDELA dilaksanakan.

Pencapaian angka ini juga dilihat selari dengan aspirasi kerajaan dalam mengurangkan jurang digital, disamping pada masa yang sama memastikan kawasan pendalaman tidak ketinggalan dalam menikmati akses internet. Untuk beberapa lokasi yang sukar dicapai melalui talian tetap, kerajaan menggunakan beberapa alternatif lain, termasuk penggunaan pancaran internet melalui satelit.
Menteri turut mengatakan kerajaan mengalakkan syarikat telekomunikasi untuk berkongsi infrastruktur dalam mempercepatkan lagi peluasan dan peningkatan kualiti perkhidmatan.
Dengan pencapaian JENDELA 1, kerajaan kini dalam fasa penelitian untuk JENDELA 2, dan dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat yang akan memfokuskan kepada liputan 4G dan 5G, dengan tumpuan pada kawasan luar bandar.

