Liputan internet, komunikasi di Sabah capai 94.4 peratus

LocalTechnology
27 Feb 2025 • 3:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kuala Lumpur: Liputan internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk di Sabah telah mencapai 94.40 peratus bagi tempoh setakat 31 Disember, tahun lalu.

Menurut Kementerian Komunikasi, di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela), sebanyak 426 daripada 659 menara komunikasi baharu telah siap dibina dan beroperasi.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Sebanyak 4,874 daripada 4,884 stesen pemancar telah dinaik taraf. “Sementara itu, 269,788 daripada 303,569 premis telah tersedia dengan capaian gentian optik dan kesemua 138 lokasi telah dapat menikmati perkhidmatan internet menggunakan teknologi satelit, Broadband Wireless Access (BWA),” kata kementerian itu dalam satu jawapan bertulis pada Persidangan Parlimen Dewan Rakyat di sini.

Ia sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (gambar) (UPKO – Tuaran), yang meminta Kementerian itu menyatakan berapa bilangan menara telekomunikasi yang telah diluluskan di seluruh Sabah.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Berapa jumlah yang telah siap dibina, dan yang gagal disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Apakah isu-isu dalam pembinaan menara ini termasuk pembinaan menara di Tuaran?,” kata Madius dalam soalan lisannya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kementerian itu menambah, bagi Parlimen Tuaran liputan internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk telah mencapai 94.23 peratus, manakala bagi status pelaksanaan inisiatif Pelan Jendela pula sebanyak 19 daripada 31 menara komunikasi baharu telah siap dibina dan beroperasi.

Jelasnya, kesemua 192 stesen pemancar telah dinaik taraf, menyaksikan 21,322 daripada 22,114 premis telah tersedia dengan capaian gentian optik dan kesemua 12 lokasi telah dapat menikmati perkhidmatan internet menggunakan teknologi satelit BWA.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Baki inisiatif yang sedang dalam pelaksanaan dijangka siap secara berperingkat pada penghujung tahun 2025.

“Beberapa faktor telah dikenal pasti dalam kelewatan pembinaan menara komunikasi di Sabah termasuk di Parlimen Tuaran antaranya proses pemerolehan tapak tanah Kerajaan yang mengambil masa panjang.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengadakan sesi libat urus secara berterusan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak yang terlibat dan memastikan semua isu atau kekangan dalam proses pemerolehan tanah Kerajaan dapat diselesaikan dengan segera.

“Semua isu pemerolehan tapak tanah ini telah diselesaikan dengan kerjasama daripada Kerajaan Negeri yang terlibat,” ujar kementerian itu lagi.

Selain itu, proses pemasangan kabel gentian optik di kawasan pedalaman memerlukan tempoh masa yang panjang disebabkan faktor jalan yang kerap memerlukan penyelenggaraan menyebabkan kesukaran kenderaan berat membawa tiang konkrit dan gentian optik.

“Pada masa yang sama, faktor cuaca tidak menentu, akses jalan mencabar, kekurangan bekalan bahan binaan serta kekurangan tenaga kerja pembina menara yang bertauliah di Sabah juga menyumbang kepada kelewatan penyiapan menara komunikasi.

“MCMC sentiasa memantau dan memastikan segala inisiatif bagi perkhidmatan komunikasi dan internet di Sabah termasuk di Parlimen Tuaran terus dipergiatkan untuk memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dan perkhidmatan berkualiti dapat dinikmati oleh semua rakyat,” tambahnya.