Lisa Blackpink artis k-pop pertama buat persembahan di Oscars

WorldEntertainment
3 Mar 2025 • 5:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lisa Blackpink. Foto Getty

LISA daripada kumpulan Blackpink mencipta sejarah sebagai artis K-pop pertama membuat persembahan di Anugerah Akademi (Oscars), menyampaikan medley lagu daripada siri filem James Bond pada majlis anugerah Hollywood berprestij itu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Lisa membuat persembahan sebagai penghormatan kepada James Bond bersama penyanyi Britain, Ray dan penyanyi rap Amerika Syarikat, Doja Cat pada edisi ke-97 Anugerah Akademi yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, pada Ahad (waktu tempatan).

Lisa yang mengenakan gaun hitam panjang mempersembahkan "Live and Let Die", lagu tema daripada filem James Bond tahun 1973 dengan nama yang sama. Doja Cat kemudian meneruskan persembahan dengan lagu "Diamonds Are Forever", manakala Raye menyanyikan "Skyfall". - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved