“Lisa Sayang Dia” – Mesra Bersama, Frédéric Bawa Lisa BP Sambut Hari Jadi Di Jepun?

Entertainment
3 Apr 2024 • 12:09 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Meskipun tidak pernah mengesahkan sendiri tentang hubungan mereka namun, Lisa dan Frédéric Arnault sudah beberapa kali dilihat meluangkan waktu bersama.

Baru-baru ini, foto Lisa BLACKPINK sedang berjalan dengan Frédéric di Jepun, telah tular di media sosial.

Dalam foto itu, lelaki tersebut dilihat mendahului sambil Lisa berjalan mengikutinya di belakang.

Selain itu di Instagram, peminat juga perasan gambar Lisa dengan jaket yang sama dipakainya dalam entri yang tersebar itu.

Dengan ini, ada yang mendakwa bahawa Frédéric ingin menyambut ulang tahun kelahiran ‘kekasih’ kesayangannya itu di sana.

Sementara itu, kedua-dua pihak masih belum memberi apa-apa respon mengenai khabar angin percintaan antara mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.