[ LIVE ] Majlis Nikah Fattah Amin & Amira Othman – 14 Sept 2025

LocalEntertainment
14 Sep 2025 • 11:55 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Majlis pernikahan pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman dijadual berlangsung dalam suasana penuh sederhana namun bermakna. Siaran langsung majlis nikah Fattah Amin dan Amira Othman ini boleh ditonton secara percuma melalui aplikasi Unifi TV 2.0, saluran Inspirasi pada jam 8 malam, 14 September 2025 melalui pautan onelink.to/unifitv

Tentu ramai tertunggu-tunggu majlis pasangan selebriti sensasi, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, yang akhirnya menamatkan teka-teki apabila mengumumkan bakal disatukan sebagai suami isteri.

Selepas sekian lama menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat, pengumuman pernikahan ini sekali gus merungkai segala spekulasi yang berlegar sejak hujung tahun lalu apabila setiap kemunculan dan kerjasama mereka sering menjadi perhatian peminat.

Selepas Fattah Amin sah bercerai talak satu dengan bekas isteri yang juga aktres popular, Nur Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam pada 7 Oktober lalu, nama Amira disebut sebagai antara wanita yang mempunyai hubungan mesra dengan Fattah kerana sering digandingkan bersama dalam urusan kerja / promosi produk.

Konsep Pernikahan Fattah Amin & Amira Othman

Menurut pengasas Reka Teemor, Rozana Mumtaz, majlis itu akan mengetengahkan konsep Islamik dengan tema Al-Zauj, selari dengan hasrat pasangan untuk menjadikan hari istimewa mereka sebagai simbol penyatuan suci dan penuh keberkatan.

“Al-Zauj membawa makna ‘Dua Jiwa Dipertemukan oleh Allah’.

Jom tengok macam mana persiapan mereka di Behind The Scenes Setulus Takdir: Fattah Amira Episode 4! Jangan lupa saksikan siaran langsung eksklusif

Majlis dijadual berlangsung malam esok dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat.

image is not available

Tarikh, Waktu Pernikahan & LIVE Streaming

Jangan lupa saksikan siaran langsung eksklusif Majlis Ijab Kabul Setulus Takdir: Fattah Amira di aplikasi Unifi TV 2.0, saluran Inspirasi pada jam 8 malam, 14 September 2025!

Muat turun sekarang di: onelink.to/unifitv

Nak tahu bagaimana nak tonton Majlis Nikah Fattah Amin & Amira Othman secara LIVE? Ikut je langkah mudah berikut:

  1. Muat turun onelink.to/unifitv
  2. Search ‘Inspirasi’ pada fungsi carian, ATAU
  3. Klik pada TV Guide dan klik pada saluran Inspirasi
  4. Anda boleh menontonnya secara PERCUMA!

Rujuk video di bawah untuk panduan langkah demi langkah:

CARA MENONTON UNIFI TV

image is not available
image is not available

FAQ Majlis Pernikahan Amira & Fattah

Bila tarikh majlis pernikahan mereka?

14 September 2025, jam 8:00 malam.

Dimana boleh menonton majlis pernikahan ini?

Majlis akan disiarkan secara langsung pada 14 September lewat petang/malam melalui aplikasi Unifi TV 2.0, di saluran Inspirasi (Ch 118).
Muat turun sekarang di: onelink.to/unifitv

Adakah tontonan itu percuma?

Ya — semua rakyat Malaysia boleh menyaksikan majlis secara LIVE secara percuma.

Apakah tema / konsep perkahwinan mereka?

Tema Islamik romantis “Al-Zauj” yang membawa maksud “dua jiwa dipertemukan oleh Allah”. Ia turut diselit elemen senja.

Apakah dokumentari yang berkaitan?

Terdapat dokumentari bersiri 10-episod bertajuk Setulus Takdir: Fattah Amira yang menceritakan kisah percintaan mereka dari mula hingga ke hari perkahwinan. Anda boleh tonton di Youtube UnifiTV

Adakah majlis ini majlis kedua untuk Fattah Amin?

Ya — perkahwinan ini adalah perkahwinan kedua bagi Fattah Amin.

Baca juga:

View Original Article