[LIVE] Piala Malaysia 2026: Jadual Perlawanan & Keputusan

LocalFootball
1 Apr 2026 • 8:19 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Piala Malaysia 2026 akan bermula pada 17 Januari 2026 dengan pusingan 16 selepas undian diadakan pada 2 Januari 2026 yang lepas.

Penganjuran kali ini adalah untuk edisi ke 99 kejohanan yang sangat berprestij di Malaysia. Layari malaysianfootballleague.com untuk jadual penuh perlawanan dan semak keputusan terkini.

Kejohanan ini berlangsung dari 17 Januari 2026 hingga 23 Mei 2026 (Final Piala Malaysia). Terdapat 16 pasukan akan berentap termasuk 13 daripada Liga Super dan tiga daripada Liga A1 Semi-Pro.

Memandangkan Uifi merupakan penaja rasmi untuk penganjuran edisi kali ini, maka kejohanan ini juga dikenali sebagai Unifi Piala Malaysia 2026.

Rujuk info penuh kejohanan Piala Malaysia 2026 di bawah.

Piala Malaysia 2026

Pengenalan Piala Malaysia 2026

Piala Malaysia merupakan edisi ke-99 bagi kejohanan bola sepak paling berprestij dan tertua di Asia Tenggara.

Untuk musim ini, kejohanan ini mengekalkan format kalah mati sepenuhnya (knockout) yang bermula terus dari Pusingan 16.

Kejohanan ini dimulakan dengan pusingan 16 secara dua leg pada 17-25 Januari 2026, diikuti suku akhir, separuh akhir, dan final pada 23 Mei 2026 di Stadium Bukit Jalil. 

Pasukan yang tersingkir di Pusingan 16 Piala Malaysia tidak akan pulang kosong, sebaliknya mereka akan secara automatik diletakkan ke dalam saingan MFL Challenge Cup 2025/2026 untuk merebut kejuaraan tersebut.

BACA JUGA: Piala Dunia 2026: Tarikh, Pasukan, Format & Jadual Perlawanan

Jadual Separuh Akhir Piala Malaysia 2025-2026

Aksi Separuh Akhir Pertama bakal membuka tirai pada 3 April 2026, Jumaat ini.

Perlawanan Pertama: Kuala Lumpur City FC vs JDT

  • Tarikh: 3 April (Jumaat)
  • Masa: 8:15 Malam
  • Lokasi: Stadium Bolasepak Kuala Lumpur (Cheras)
  • Saluran Siaran: Astro Arena Bola (CH 803), Astro GO, sooka, TV Okey, Sukan RTM, dan RTMKlik.

Perlawanan Kedua: Selangor FC vs Kuching City FC

  • Tarikh: 5 April (Ahad)
  • Masa: 8:15 Malam
  • Lokasi: Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
  • Saluran Siaran: Astro Arena Bola (CH 803), Astro GO, dan sooka.
Jadual Separuh Akhir Piala Malaysia 2025-2026

Muat turun jadual Piala Malaysia dalam PDF:

JADUAL-PERTANDINGAN-PIALA_MALAYSIA-2025-2026-PUSINGAN-16-1-2-KEMASKINI-05012026Download

https://www.malaysianfootballleague.com/…/Post/Watch/5158

Keputusan Terkini Piala Malaysia 2025-2026

SUKU AKHIR KEDUA

Suku akhir kedua Piala Malaysia 2025-2026 sudah berlangsung pada 6-8 Februari 2026. Berikut ialah keputusan SUKU AKHIR KEDUA Piala Malaysia 2025-2026:

Tarikh & MasaTuan RumahSkorPelawat
06/02 20:15Terengganu City FC1-1Kuala Lumpur City
07/02 20:15DPMM1-3Kuching City FC
08/02 20:30Negeri Sembilan0-1Selangor
13/02 21:15Johor DT5-0Melaka FC
14/02 20:22Kuching City FC3-1DPMM
14/02 21:15Selangor5-1Negeri Sembilan
15/02 20:18Kuala Lumpur City2-1Terengganu City FC
25/02 20:30Melaka FC1-3Johor DT
Sumber: Flashcore

Pasukan layak ke SEPARUH AKHIR:

  1. Kuala Lumpur City FC
  2. JDT
  3. Selangor FC
  4. Kuching City FC

Keputusan SEPARUH AKHIR pertama dan kedua akan dikemaskini sebaik sahaja perlawanan tamat.

Format Kejohanan

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan format Piala Malaysia kali ini dengan penglibatan 16 pasukan, iaitu 13 kelab dari Liga Super 2025-2026 dan tiga pasukan teratas Liga A1 Semi-Pro 2025-2026 selepas hari perlawanan minggu ke-13.

Cabaran bermula pada pusingan 16 yang dijadualkan 17-19 Januari 2026 (leg pertama) dan 23-25 Januari 2026 (leg kedua), diikuti suku akhir serta separuh akhir dalam format timbal balik di tempat sendiri dan lawan.

Perlawanan akhir akan diadakan pada 23 Mei 2026 di Stadium Bukit Jalil.

Piala Malaysia 2026

Piala Malaysia 2026
Image from: [LIVE] Piala Malaysia 2026: Jadual Perlawanan & Keputusan
Image from: [LIVE] Piala Malaysia 2026: Jadual Perlawanan & Keputusan

Pasukan Bertanding

Berikut merupakan senarai pasukan yang bertanding bagi penganjuran Piala Malaysia 2025-2026:

Pasukan Seeded (Balang A)Pasukan Unseeded (Balang B)
1. Johor Darul Ta’zim (JDT)9. Imigresen FC
2. Kuching City FC10. Kelantan The Real Warriors (TRW)
3. Selangor FC11. Penang FC
4. Kuala Lumpur City FC12. Melaka FC
5. Terengganu FC13. PDRM FC
6. Negeri Sembilan FC14. Perak FA (Liga A1)
7. DPMM FC (Brunei)15. UM-Damansara United (Liga A1)
8. Sabah FC16. Kelantan Red Warrior FC (Liga A1)
Image from: [LIVE] Piala Malaysia 2026: Jadual Perlawanan & Keputusan

Image from: [LIVE] Piala Malaysia 2026: Jadual Perlawanan & Keputusan

Keputusan Undian

Berikut ialah hasil undian yang dijalankan pada 2 Januari 2026 yang lepas:

  • RHB1: Selangor FC vs Sabah FC
  • RHB2: Johor Darul Ta’zim (JDT) vs Terengganu FC
  • RHB3: Kuala Lumpur City FC vs Negeri Sembilan FC
  • RHB4: PDRM FC vs Kelantan Darul Naim FC
  • RHB5: Melaka FC vs Kuching City FC
  • RHB6: Penang FC vs Imigresen FC
  • RHB7: Perak FC vs DPMM FC
  • RHB8: Kedah Darul Aman FC vs Kelantan United
Image from: [LIVE] Piala Malaysia 2026: Jadual Perlawanan & Keputusan

Road To Final: Perlawanan, Masa & Tempat

Piala Malaysia 2025-2026 akan berlangsung dari 17 Januari 2026 sehingga 23 Mei 2026 dengan 29 perlawanan.

Kejohanan kali ini akan memulakan perlawanan pusingan 16 pada 17-19 Januari 2026 (leg pertama), diikuti leg kedua pada 23-25 Januari 2026, dengan masa dan tempat spesifik bergantung kepada pasangan undian rasmi yang diadakan pada 2 Januari 2026.

Rujuk jadual perlawanan terdekat berikut:

SEPARUH AKHIR

PerlawananLawan (Tuang Rumah vs Pelawat)TarikhHariMasaLokasiSaluran Siaran
Perlawanan PertamaKuala Lumpur City FC vs JDT3 AprilJumaat8:15 MalamStadium Bolasepak Kuala Lumpur (Cheras)Astro Arena Bola (CH 803), Astro GO, sooka, TV Okey, Sukan RTM, RTMKlik
Perlawanan KeduaSelangor FC vs Kuching City FC5 AprilAhad8:15 MalamStadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)Astro Arena Bola (CH 803), Astro GO, sooka
JDT VS Kuala Lumpur City FC 7 AprilSelasa9:15 malam
Kuching City FC vs Selangor FC18 AprilSabtu9:15 malam
Piala Malaysia 2026

Piala Malaysia 2026

Tarikh Penting Piala Malaysia 2025-2026

PeringkatTarikh (Jangkaan/Rasmi)
Majlis Undian2 Januari 2026
Pusingan 16 (Leg 1)17 – 19 Januari 2026
Pusingan 16 (Leg 2)23 – 25 Januari 2026
Suku AkhirFebruari – Mac 2026
Separuh Akhir3,5,7,18 April 2026
Perlawanan Akhir23 Mei 2026

Tonton LIVE Perlawanan Final Piala Malaysia 2026

Anda boleh menyaksikan LIVE perlawanan Piala Malaysia 2025-2026 2024-2025 yang disiarkan secara langsung melalui platform rasmi penyiar Astro dan RTM.

Untuk memuat turun aplikasi Sooka, sila klik pautan rasmi di bawah:

Untuk pembelian tiket online, info terkini akan dikemas kini menerusi laman web https://www.tickethotline.com.my

Maklumat Lanjut

Untuk perkembangan terkini mengenai kejohanan Unifi Piala Malaysia 2025-2026 ini, sila ikuti laman sosial MFL berikut:

Soalan Lazim Piala Malaysia 2026

Bila Piala Malaysia 2025-2026 bermula?

Pusingan 16 leg pertama dijadualkan pada 17-19 Januari 2026, manakala final pada 23 Mei 2026.

Berapa pasukan mengambil bahagian?

Kejohanan ini melibatkan 16 pasukan, iaitu 13 daripada Liga Super dan 3 teratas Liga A1 Semi-Pro.

Apa format pertandingan Piala Malaysia 2025-2026?

Format kalah mati timbal balik untuk pusingan 16, suku akhir, dan separuh akhir; final satu leg di Stadium Bukit Jalil.

 Di mana boleh tonton siaran langsung Piala Malaysia?

Melalui Astro Arena, Sooka, Astro GO, RTM Sukan, dan YouTube Astro Arena.

Siapa juara bertahan Piala Malaysia?

Johor Darul Ta’zim (JDT) memenangi edisi 2024-2025.

Siapa penaja rasmi kejohanan ini?

Unifi menjadi penaja utama (Unifi Piala Malaysia 2025-2026), dengan sokongan MFL, Toyo Tires, Coca-Cola, PUMA, dan lain-lain.

Di mana final akan diadakan?

Final Piala Malaysia dijadualkan di Stadium Bukit Jalil pada 23 Mei 2026.

View Original Article