Liverpool buru pemain pertahanan

Football
20 May 2023 • 10:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Klopp

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp tidak menolak kemungkinan untuk menandatangani pemain pertahanan pada jendela perpindahan musim panas ini.

Selain di bahagian pertahanan, The Reds akan mencari pemain tengah berkualiti selepas kehilangan James Milner, Alex Oxlade-Chamberlain dan Naby Keita bulan depan.

"Kami melihat di semua posisi selain penjaga gol pada masa ini. Ya, jika ada yang bagus di luar sana, saya tidak akan menafikannya," kata Klopp.

Dalam pada itu, Liverpool juga masih belum mengumumkan pengganti pengarah sukan, Julian Ward yang akan meninggalkan pasukan dengan bekas ketua Wolfsburg, Jorg Schmadtke antara nama yang dikaitkan untuk mengisi jawatan itu.

"Saya tidak boleh bercakap mengenai perkara itu tetapi jika ia berlaku, ia bukan kerana kami berdua adalah warga Jerman atau kedua-duanya mengenali antara satu sama lain. Itu tidak ada kaitan dengannya.

"Saya tahu dia seorang yang baik dan bijak. Sangat hebat pada apa yang dia lakukan di Jerman, pastinya, sangat berjaya.

"Kita boleh bercakap tentang (bekas pengarah sukan di Borussia Dortmund) Michael Zorc memiliki kumpulan umur yang sama, situasi yang sama.

"Terdapat ramai pengarah sukan yang baik di Jerman dan anda tidak akan mempercayainya," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved