Liverpool didakwa kerana kerumun pengadil

Football
7 Apr 2023 • 10:42 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Insiden yang berlaku pada minit ke-34 yang menyaksikan Hooper dikerumuni oleh pemain Liverpool.

LIVERPOOL berdepan dakwaan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) susulan insiden yang menyaksikan pemain mereka mengerumuni pengadil ketika kekalahan 1-4-di Manchester City, Sabtu lalu.

Insiden itu berlaku pada minit ke-34 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Stadium Etihad ketika kedudukan terikat 1-1 selepas pemain tengah City, Rodri, melakukan kekasaran ke atas Cody Gakpo.

Pemain Sepanyol terbabit telah pun dilayangkan kad kuning kerana kekasaran yang sama beberapa minit sebelum itu tetapi pengadil, Simon Hooper, mengelak daripada melayangkan kad kuning kedua.

Diogo Jota, Fabinho, Virgil van Dijk dan ketua pasukan, Jordan Henderson, meluru ke arah pengadil bagi mempersoalkan keputusan itu.

Ia mendorong FA untuk mendakwa kelab itu yang didapati gagal memastikan pemainnya berkelakuan dengan tepat.

Liverpool mempunyai hingga Khamis depan untuk menjawab pertuduhan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved