Liverpool hanya layak beraksi Liga Europa

Football
21 May 2023 • 11:56 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Klopp. - Foto AFP

PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp membuka mulut mengakui The Reds tidak cukup bagus untuk beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara musim depan.

Terikat 1-1 di laman sendiri ketika bertemu Aston Villa bukan hanya menamatkan sembilan kemenangan berturut-turut namun kian menutup peluang The Reds untuk menamatkan saingan di kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris.

Liverpool wajib menang aksi terakhir mereka di Southampton sambil bergantung kepada Newcastle atau Manchester United untuk tidak mengutip satu lagi mata daripada baki dua perlawanan mereka.

Bagaimanapun harapan itu diakui Klopp sukar untuk berlaku.

"Saya rasa kualiti permainan sepanjang musim ini hanyalah untuk kami layak ke Liga Europa berbanding Liga Juara-Juara.

"Kami gagal bermain dengan baik untuk memperbaiki kedudukan pasukan," katanya.

Pada aksi itu, Jacob Ramsey meletakkan Villa di hadapan pada minit ke-27 selepas menanduk hantaran lintang Douglas Luiz untuk melepasi jangkauan penjaga gol, Allison.

Roberto Firmino kemudian menjaringkan gol penyamaan dramatik pada penampilan terakhirnya di Anfield buat Liverpool.

Firmino adalah salah seorang daripada empat pemain yang akan meninggalkan The Reds setelah kontraknya tamat pada penghujung musim, menjaringkan gol pada minit ke-89 untuk menggembirakan penyokong yang menyanyikan lagu buat pemain Brazil itu yang menangis selepas wisel penamat.

"Sudah tentu (emosi). Ini bukan hari yang mudah buat kami. Separuh masa kedua kami terpaksa bertenang, meningkatkan tekanan tetapi bertenang dan itulah yang kami lakukan. Ia seri dan tidak mengapa," ujar Klopp.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved