
LONDON – Liverpool menjadikan bintang Crystal Palace, Ismaila Sarr sebagai calon alternatif selepas Brighton menolak usaha The Reds untuk mendapatkan khidmat Yankuba Minteh.
Sebelum ini, dua tawaran bernilai £50 juta dan £60 juta (RM273.6 juta dan RM328.3 juta) untuk Minteh ditolak oleh Brighton dan Sarr dilabel sebagai calon paling sesuai untuk mengisi kekosongan di posisi sayap kanan.
Sarr menjadi nadi utama kepada Palace, musim lalu apabila merekodkan 21 gol dan pengalamannya di pentas Liga Perdana Inggeris turut menjadi pertimbangan utama kepada Liverpool.
Bagaimanapun, cabaran utama The Reds kini adalah untuk meyakinkan Palace memandangkan kelab itu difahamkan tidak bercadang untuk melepaskan khidmat bintang dari Senegal berkenaan.
Berdasarkan laporan, tawaran sudah pun dibuat, namun Liverpool dan Palace masing-masing menafikan berlaku rundingan antara kedua-dua pasukan.
Pengurus Crystal Palace, Pierre Sage turut berharap Sarr dan seorang lagi penyerang pasukan, Jean-Philippe Mateta akan terus kekal bersama pasukan.
“Buat masa kini, ya (mahu dikekalkan) kerana apabila kamu ada kontrak tiga tahu, pastinya bukan senang untuk meninggalkan pasukan. Buat masa ini dia akan bersama kami kerana dia masih ada kontrak. – AGENSI
The post Liverpool terpaksa tukar calon appeared first on Kosmo Digital.
