Liverpool tidak boleh terlalu yakin

Football
8 Mar 2023 • 10:02 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
Henderson - Foto EPA

JORDAN Henderson memberi amaran kepada rakan sepasukannya di Liverpool supaya tidak terlalu yakin selepas kemenangan menakjubkan 7-0 ke atas Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin.

Kemenangan itu meletakkan Liverpool tiga mata di belakang Tottenham Hotspur yang kini berada di tempat keempat dengan berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Newcastle pula yang kini di kedudukan keenam dibezakan empat mata daripada slot kelayakan ke Liga Juara-Juara dan memiliki kelebihan dua perlawanan.

"Mudah-mudahan kami boleh menggunakan momentum kemenangan ke atas United ini dengan cara yang betul. Tetapi, anda tidak boleh terlalu yakin.

"Terdapat ujian berbeza sepanjang perjalanan dari sekarang hingga akhir musim yang akan datang dan anda perlu kekal positif serta bersedia seperti ketika menumbangkan United.

"Itu akan memberi kami peluang untuk menamatkan musim ini dengan baik," katanya.

Liverpool akan menentang pasukan tercorot liga, Bournemouth pada Sabtu sebelum berdepan Real Madrid dalam perlawanan kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Khamis.