Liza Hanim Respon Dikutuk Hidung Besar & Muka Berlubang, TokTi Pun ‘Sound’ Sekali – “Konon Pandai Tapi Terserlah Kebodohan”

Entertainment
25 Sep 2023 • 4:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi Liza Hanim menyelar individu yang mengutuk rupa parasnya menerusi satu hantaran di Instagram selepas dikatakan berkali-kali menerima kutukan yang sama.

Individu itu pada mulanya memuji bakat yang dimiliki Liza Hanim dan suaranya yang sedap namun kemudian menyentuh tentang bentuk hidung dan rupa para penyanyi tersebut.

Tidak berdiam diri, Liza Hanim membuat satu kenyataan balas di hantaran tersebut dan berkata dia perlu bersuara tentang isu yang membabitkan ‘beauty standard’ sebegini.

Kenapa orang tak cantik memang takleh menang apa-apa ke di Malaysia atau antarabangsa? Tergamak nak bagi komen macam ni, berkali-kali pulak tu, kenapa? Motif?

Kata peserta hot seat Gegar Vaganza musim terbaru itu, dia bersyukur dengan kurniaan Allah SWT dan tidak kisah dengan kekurangannya asalkan hidupnya serta keluarga bahagia.

Tambahnya, bahasa dan pertuturan seseorang itu lebih penting daripada rupa paras dan Liza Hanim turut berkata dia langsung tidak goyang dengan kutukan netizen.

Tapi budaya sekarang agak melampau. Dah 26 tahun dalam industri ini, pelbagai yang akak lalui so benda kutukan mu ni tak goyangkan akak dik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79)

Kata-kata Liza Hanim itu mendapat sokongan ramai warganet malah ada yang turut mengecam individu di sebalik akaun yang mengutuk penyanyi tersebut.

Beberapa rakan artis termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza atau TokTi turut meninggalkan komen dan ‘sekolahkan’ individu berkenaan.

image is not available

image is not available 23 hours ago

"Dua Sudah Mencukupi.." - Sarimah Ibrahim Beri Komen Hos Gegar Vaganza Terlalu Banyak, Netizen Setuju Nampak 'Serabut'