LK-99 Disahkan Bukan Superkonduktor Suhu Bilik

WorldTechnologyDigitalSpace
17 Aug 2023 • 11:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adakah LK-99 benar-benar sebuah superkonduktor suhu bilik dan tekanan atmosfera seperti didakwa penyelidik dari Pusat Penyelidikan Tenaga Kuantum Korea Selatan? Jawapannya ialah tidak menurut laporan Nature selepas ia menjalani proses kajian semula setara oleh saintis lain di seluruh dunia.

image is not available

LK-99 dihasilkan menggunakan sebatian tembaga, plumbum, fosforus dan oksigen. Tetapi kewujudan bendasing dalam bentuk sufida tembaga menyebabkan LK-99 memaparkan ciri seakan superkonduktor iaitu rintangan elektrik yang rendah serta terapung dalam medan magnet.

Keputusan ini pastinya mengecewakan kerana usaha mencari bahan superkonduktor suhu bilik telah dilakukan sejak berdekad lamanya tanpa sebarang hasil. Superkonduktor yang digunakan sekarang dicapai pada suhu -100 darjah Celsius atau pada tekanan yang amat tinggi. Sistem penyejukan yang kompleks membuatkan peranti elektronik dengan superkonduktor mempunyai saiz yang besar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved