LKIM jamin bekalan ikan cukup sepanjang Monsun Timur Laut

15 Sep 2023 • 6:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LANGAT, 15 SEPT: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bekalan ikan negara mencukupi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut, bermula November ini hingga Mac tahun depan, hasil persiapan awal agensi itu.

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata antara inisiatif yang telah dilaksanakan termasuk menubuhkan pasukan bertindak bagi mengendalikan pusat pengumpulan stok ikan dalam usaha memastikan bekalan bahan mentah itu tidak terputus.

“Kita telah tubuhkan pasukan bertindak untuk melihat kepada keperluan bekalan ikan. Kita tahu akan berhadapan dengan monsun, kita lihat bagaimana rantaian bekalan ikan itu sentiasa ada dan kita ada stok simpanan dan di LKIM sendiri kita ada bilik beku,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Kuala Langat, di sini hari ini.

Faiz turut menyampaikan bantuan ‘Touch Point’ dan peralatan penangkapan ikan berjumlah RM36,000 kepada 50 nelayan, meliputi jaket keselamatan, tong ikan, peti pertolongan cemas, lampu jaring dan bakul makanan.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada Selasa ini hingga November dan rantau atau pesisir negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir, yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat.

Monsun Timur Laut dijangka membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved