LKL International lupus kilang berkembar tiga tingkat bernilai RM6.9 juta di Seri Kembangan

Business & Finance
20 Dec 2023 • 6:05 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

LKL International lupus kilang berkembar tiga tingkat bernilai RM6.9 juta di Seri Kembangan

diyana

20/12/2023 - 18:05

KUALA LUMPUR 20 Dis - LKL International Berhad melupuskan kilang berkembar tiga tingkat di Seri Kembangan dengan pertimbangan tunai berjumlah RM6.9 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat pengilang produk perubatan dan penjagaan kesihatan itu berkata anak syarikatnya LKL Advance Metaltech Sdn Bhd (LKLAM) telah menandatangani perjanjian jual beli (SPA) dengan 8 Food Avenue Sdn Bhd pada 20 Disember 2023.

LKL International menjangkakan pelupusan hartanah itu siap menjelang suku kedua tahun depan.

Ia akan melupuskan hartanah perindustrian tersebut yang dibina di atas tanah pegangan bebas berukuran lebih kurang 972.93 meter persegi di Taman Perindustrian Bukit Serdang itu yang bernilai RM6.9 juta, tertakluk kepada terma dan syarat seperti ditetapkan dalam SPA.

“Pertimbangan pelupusan diperolehi pada ‘dasar pembeli-rela dan penjual-rela’ menerusi rundingan antara kedua-dua pihak dan selepas mengambil kira harga tertinggi yang ditawarkan oleh pelbagai bakal pembeli,” katanya.

Menurut LKL International, pelupusan hartanah yang masih belum digunakan itu merupakan langkah strategik untuk membuka kunci nilainya dan menjana lebihan tunai.

“Dengan memperuntukkan semula dana ini kepada modal kerja dan pelaburan berpotensi, syarikat menyasarkan untuk mengukuhkan kedudukan kecairannya dan menyokong aktiviti perniagaan teras, memastikan peruntukan sumber yang lebih cekap, serta memupuk pertumbuhan dan perkembangan operasinya,” tambahnya.

Saham LKL International hari ini ditutup lebih rendah 0.5 sen atau 2.6% pada 19 sen dengan permodalan pasaran bernilai RM73.7 juta. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved