Loca B undur diri dari industri seni, anggap dunia hiburan penuh kepalsuan

31 May 2024 • 5:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-35 bersama Kaka Azraff dan Noki, iaitu Loca B undur diri dari industri seni selepas memaklumkan hal tersebut menerusi hantaran Instagram miliknya.

Mahu fokus besarkan anak2

Loca B atau nama sebenar, Nabilah Hani Azali, 32 memberitahu sudah tidak berminat lagi dalam dunia yang digelutinya ini dan mahu fokus membesarkan dua orang anak selepas mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Tuju.

“Saya tidak lagi berminat untuk berada dalam industri hiburan Malaysia.

“Saya sangat suka menjadi seorang ibu dan isteri. Saya mahu memberi fokus kepada kehidupan (anak-anak) yang saya bawa ke bumi ini,” katanya.

image is not available

Loca B undur diri dari industri hiburan Malaysia

Ujarnya, dia mahu menjadi contoh yang baik buat anak-anak r memandangkan dia tidak berpeluang mempelajari banyak perkara ketika kecil.

Tambahnya, dia juga mahu memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan serta didikan agama yang baik.

“Saya nak ajar anak saya perkara yang saya tak pelajari ketika kecil. Saya mahu jadi contoh kepada mereka tentang perhubungan sihat. Saya mahu rumah tangga yang indah, tiada hasutan orang luar.

Saya juga mahu anak-anak faham tentang agama dan bagaimana menjadi manusia yang jujur (saya juga sedang belajar).

“Saya nak sesuatu yang mencabar otak. Mewahkan dengan ilmu pengetahuan,” ujarnya.

image is not available

Loca B undur diri dari dunia hiburan kerana penuh kepalsuan

Dalam pada itu, Loca B turut menyifatkan dunia hiburan sebagai satu kepalsuan dan manipulasi yang sia-sia serta ralat dengan sikap sesetengah pihak yang menunggang agama untuk kepentingan peribadi.

“Kepalsuan, tikam bekang dan manipulasi ini tidak berbaloi.

“Tiada hormat pada rumah tangga. Orang-orang secara terbuka tidak hormat kepada pasangan masing-masing di mana sahaja mereka pergi.

“Kebanyakan orang gunakan agama untuk sembunyikan kebenaran,” ujarnya.

image is not available

Situasi Palestin juga turut membuka mata

Jelasnya lagi, situasi yang berlaku di Palestin ketika ini juga menjadi salah satu punca dia mengambil tindakan sebegitu.

“Palestin yang membuka mata saya secara jujurnya. Terima kasih kepada semua yang sudah menyokong sepanjang perjalanan saya,” katanya.

image is not available

Sekadar info, penyanyi rap tersebut telah mendirikan rumah tangga dengan Tuju atau nama sebenarnya, Muhd Azree Shah Awang Zamree pada Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata dikenali sebagai Bintang Aiko, 2 tahun.

Dia juga mempunyai seorang lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu bernama Yusuf Alexender.

Sumber: Instagram Loca B