Lockheed Martin Memperlihatkan Rekaan Pesawat Pengisi Minyak Swaterbang

TechnologyDigital
8 Nov 2024 • 4:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amerika Syarikat kini dalam proses membangunkan pesawat pengisi minyak generasi baharu yang sukar dikesan oleh radar musuh di bawah program Next-Generation Air Refueling System (NGAS). Awal tahun ini Lockheed Martin berkongsi rekaan pesawat konsep NGAS mereka dengan ia hadir dengan kokpit untuk juruterbang manusia. Minggu ini mereka berkongsi pula rekaan pesawat kedua dengan ia jelas ialah pesawat swaterbang.

image is not available

Sekilas pandang ia lebih mirip sebuah pesawat dron dalam kelas yang sama dengan Loyal Wingman. Ia jelas mempunyai dua bahagian penyimpan tangkai mengisi minyak terbina pada bahagian sayap. Saiz pesawat juga lebih besar berbanding pesawat pejuang F-35. Untuk menyukarkan ia dikesan radar, tubuh dipenuhi gerigi dimana panel pesawat bersambung sama seperti yang digunakan pada F-35 dan F-22.

image is not available
Konsep asal NGAS oleh Lockheed Martin

Seperkara lagi yang disedari ialah ekzos pesawat diletakkan di bahagian buritan dengan ia juga mempunyai gerigi untuk mengurangkan pantulan isyarat radar. Selain boleh mengisi minyak, pesawat konsep NGAS ini juga boleh diisi semula tangki minyak menerusi lubang pengisian di bahagian dorsal.

NGAS akan beroperasi di perbatasan dan boleh memasuki ruang udara musuh bagi membekalkan bahan api kepada pesawat tempur apabila diperlukan. Pesawat tangki pengisi minyak semasa harus beroperasi lebih jauh memerlukan pesawat tempur keluar dahulu daripada zon konflik.

View Original Article