‘Loghat’ Kedah Mendunia Di FIFA

LocalFootball
30 Jan 2025 • 9:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

‘Loghat’ Kedah Mendunia Di FIFA

Laman rasmi FIFA World Cup di Facebook hari ini mencuri perhatian ramai selepas menggunakan dialek negeri Kedah, lapor Stadium Astro.

Dalam hantaran di Facebook itu memaparkan akaun FIFA World Cup memuat naik beberapa gambar bekas pemain bola sepak Zlatan Ibrahimovic dengan kapsyen dialek negeri Jelapang Padi.

“Lonjong elok, kemaih elok, sepak menyerit tak tau nak habbbbaq!

“Apa benda yang hampa taktau pasai Zlatan, habaq mai,” tulis hantaran tersebut.

image is not available
Gambar: FIFA World Cup

“Tudia bak hang..pakat mai serbu komen”

Susulan itu, rata-rata warganet membanjiri ruangan komen berkenaan. Berikut antara komen pengguna;

“Min esok kito jupo kedai Kak Yang Kuala Kedah. Musim ikan semilang teloq loni bahang gulai temenung balik kot baruhla set kito,” seloroh seorang pengguna.

“Tak baru lepas pekena laksa utara, nasi kandaq admin dia ni,” komen seorang lagi.

“Orang utaqha belah mana min,” tulis seorang lagi.

“Aku salah follow page World Cup ke,” komen seorang lagi.

Gol Safawi Rasid Buat Pemain Liverpool ‘Terpukau’

Sebelum ini, bintang Liverpool, Trent Alexander-Arnold terpukau selepas melihat teknik sepakan percuma cantik pemain Terengganu FC, Safawi Rasid.

Menerusi perkongsian di Youtube Stadium Astro, pemain berusia 27 tahun itu terpesona melihat seni jaringan yang dilakukan oleh tonggak Terengganu terbabit.

Reaksi Trent dalam klip itu jelas menunjukkannya cukup terkesima dengan gaya sepakan tersebut.

Selain Safawi, jaringan pemain Sri Pahang, Manuel Hidalgo dan Juan Muniz Johor Darul Ta’zim (JDT) termasuk Paulo Josue (KL City) turut diberi pengiktirafan terbaik oleh pertahanan kelab Liga Perdana Inggeris itu.