Login CIMB Clicks Pada Telefon Baru, Pengguna Perlu Hubungi Bank Terlebih Dahulu

27 Dec 2022 • 5:32 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Langkah keselamatan ini baru sahaja dilaksanakan

Login CIMB Clicks Pada Telefon Baru, Pengguna Perlu Hubungi Bank Terlebih Dahulu. Dilaporkan pengguna yang ingin log masuk aplikasi CIMB Clicks dan CIMB OCTO pada telefon baharu perlu menghubungi bank CIMB terlebih dahulu.

Langkah keselamatan ini, iaitu proses pengesahan panggilan mandatori, kini telah dikuakuasakan sejak 26 Disember 2022.

image is not available
Login CIMB Clicks Pada Telefon Baru, Pengguna Perlu Hubungi Bank Terlebih Dahulu

Untuk memastikan pemegang akuan itu sendiri memulakan sebarang percubaan log masuk

Menurut laporan, CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB) telah melaksanakan proses pengesahan ini bagi memastikan pemegang akaun itu sendiri memulakan sebarang percubaan log masuk kali pertama atau perubahan peranti.

Sebelum ini, CIMB telah mewajibkan kebenaran SecureTAC untuk transaksi web CIMB Clicks sebanyak RM100 dan ke atas bagi pemindahan dana non-favourite, pembayaran bil dan tambah nilai prabayar. Tambahan lagi, pelanggan CIMB kini tidak lagi boleh menerima TAC SMS untuk transaksi terbabit.

image is not available
Proses pengesahan SecureTAC telah dikuatkuasakan mulai 5 Disember lalu. Kredit: CIMB Clicks

CIMB juga mengumumkan bahawa mulai separuh pertama tahun 2023, pengesahan SecureTAC akan diperluaskan kepada mana-mana transaksi bernilai RM100 dan ke atas, serta transaksi bukan kewangan.

Sementara itu, CIMB menggesa semua pelanggan yang masih belum memuat turun aplikasi CIMB Clicks untuk memuat turun aplikasi tersebut daripada app store rasmi dan memasang notification dalam tetapan untuk menerima SecureTAC.