Logitech G PRO X 2 LIGHTSPEED Kini Rasmi Dengan Harga Jualan RM1099

TechnologyDigital
9 Jun 2023 • 5:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Logitech baru-baru ini telah melancarkan set fon kepala gaming baharu khusus untuk atlet e-sukan iaitu Logitech G PRO X 2 LIGHTSPEED. Jika dibandingkan harga jualan dan spesifikasi produk ini merupakan pilihan alternatif kepada Razer BlackShark V2 Pro (2023) yang dilancarkan dua bulan lepas.

image is not available

Logitech G Pro X 2 LIGHTSPEED dilengkapi dengan pemacu audio 50mm PRO-G jenis grafena. Ia dibina khas untuk Logitech dengan jaminan audio yang dihasilkan mempunyai kesan herotan yang rendah. Audio set fon kepala ini turut diiktiraf dengan DTS Headphone:X 2.0 Surround Sound untuk pendengaran penuh imersif.

image is not available

Teknologi PRO-G turut memastikan audio yang dihasilkan tepat, pemakai boleh dengar objek dalam permainan dengan jelas. Set fon kepala baharu ini turut menyokong sambungan nirwayar LIGHTSPEED yang akan memastikan tiada gangguan dan sela masa kekal rendah. Sambungan melalui Bluetooth atau bicu audio 3.5mm turut boleh digunakan.

Untuk rekaan, Logitech memastikan produk audio profesional baharu ini tahan lasak dengan binaan aluminium, kerangka besi, engsel yang mudah ditarik serta menggunakan cawan telinga boleh-tukar dan boleh-putar yang diperbuat daripada bahan seakan kulit.

image is not available

Pro X 2 LIGHTSPEED turut hadir dengan mikrofon boom kardioid 6mm boleh tanggal yang menggunakan teknologi Blue VO!CE. Logitech turut menjamin kualiti audio yang terang, konsisten dan jika perlu kawalan tambahan boleh dilakukan melalui aplikasi G HUB.

Di Malaysia harga jualan Logitech G Pro X 2 LIGHTSPEED pada harga RM1099. Anda boleh membelinya di Lazada atau Shopee rasmi Logitech G.