Logitech Melancarkan Kamera Web 4K Baharu Menerusi MX Brio

TechnologyDigital
7 Mar 2024 • 6:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Logitech MX Brio telah dilancarkan sebagai kamera web yang berkualiti tinggi untuk tujuan kerja. Ia menyokong resolusi sehingga 4K/30fps yang menggunakan sensor 8.5MP Sony STARVIS dengan kemampuan zum digital 4X.

image is not available

Dengan kecedasan buatan pula kamera ini boleh memastikan subjek sentiasa berada di tengah-tengah bingkai meskipun sedang bergerak. Pada masa sama, dapat menghasilkan imej yang berkualiti tinggi dan nampak realistik. Ia juga didatangkan dengan pengatup mekanikal terbina bagi tujuan privasi bersama dua mikrofon beamforming yang mampu menapis hingar untuk audio lebih jelas. Pengalaman bertambah baiknya lagi dengan fungsi Autoframing Rightsight yang boleh mengesan pembesar suara secara automatik meskipun subjek sedang bergerak.

image is not available

Fungsi Show Mode terbina pula membolehkan pengguna mempamerkan objek di atas meja dengan hanya mencondongkan kamera ke bawah. Penggunaan juga mudah dengan hanya menyambungkan ke komputer melalui kabel USB-C yang diberikan. Semakan melalui laman web rasmi kamera web ini disenaraikan di Malaysia pada harga RM899 sebuah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved