Logitech MX Ink Ialah Stylus Realiti Gabungan Untuk Meta Quest

TechnologyDigital
18 Jun 2024 • 8:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Stylus pada telefon pintar dan komputer telah wujud berdekad lamanya. Ia menawarkan kawalan yang lebih jitu untuk menghasilkan karya digital menerusi skrin peranti. Kini stylus Logitech MX Ink dilancarkan pula dengan ia direka khusus untuk digunakan dengan set kepala Meta Quest.

image is not available

MX Ink boleh digunakan untuk bukan sahaja melakukan lakaran 3D di udara tetapi juga untuk mengukir objek 3D. Antara aplikasi yang disokong oleh MX Ink ialah Gravity Sketch, ShapesXR, ENGAGE XR, Adobe Substance 3D Modeler, Arkio, Realize Medical, Painting VR, Gesture VR, dan OpenBrush. Mata stylus mempunyai sensor tekanan dan terdapat tindak balas haptik bagi memberikan pengalaman seakan objek 3D yang dilakar seakan wujud secara fizikal.

Logitech MX Ink akan mula dijual September tahun ini pada harga $130 (~RM613) untuk stylus sahaja dan $170 (~RM802) dengan derman simpanan. Ia serasi digunakan oleh set kepala Meta Quest 3 dan Quest 2.