Loji baharu tangani masalah air Kunak

11 Dec 2025 • 3:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUNAK: Rancangan membina loji rawatan air baharu dari sumber bekalan air di Sungai Tingkayu antara pelan strategik jangka panjang bagi menangani isu masalah bekalan air di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak Datuk Seri Anil Sandhu (gambar) berkata projek yang dicadangkan itu sudah dalam peringkat pelan reka bentuk yang telah bermula pada 2024 dan dijangka siap pada 2028.

“Kita mengharapkan rancangan pembinaan loji baharu itu dapat membantu menampung permintaan pengguna di Kunak.

“Hal ini kerana air adalah utiliti asas yang penting untuk kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Anil berkata ketika ini bekalan air bersih diperolehi daripada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Kalumpang I dan II yang beroperasi untuk membekalkan air ke semua kawasan di Kunak termasuk zon Pekan, zon Madai dan zon Pangi.

Sementara itu pegawai Jabatan Air daerah berkata perancangan membina loji baharu itu bagi menampung permintaan yang semakin bertambah khususnya di zon Madai meliputi kawasan Ulu Madai sehingga ke kawasan Lormalong.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved