Loji klinker-simen RM1 billion di Tongod

Business & Finance
3 Aug 2023 • 1:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sebuah loji klinker dan simen bersepadu akan dibina di Pinangah, Tongod, berikutan Perjanjian Usahasama (JVA) antara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) dan Sri Alam Setia Sdn Bhd untuk menubuhkan Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd .

Projek itu, dianggarkan menelan belanja RM1 bilion, akan memastikan bekalan simen yang konsisten dan lebih murah di Sabah, selain mentransformasi Tongod melalui pewujudan peluang pekerjaan dan perniagaan selain pembangunan infrastruktur.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan majlis penandatanganan itu di Menara Kinabalu, Rabu.

Pengerusi Sedco Datuk Rubin Balang dan Pengurus Besar, Haizar R H Ajaz Nabijan menandatangani bagi pihak Sedco, manakala Pengarah Urusan Sri Alam Setia Michael Kinsuan dan peguam Hassan Murtaza menandatangani bagi pihak syarikat itu.

SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Loji klinker dan simen itu akan menyediakan akses kepada 5,000 tan klinker setahun, bersamaan dengan 1.75 juta tan simen setahun.

Dengan keperluan semasa Sabah sebanyak 1.4 juta tan setahun, projek ini bukan sahaja akan memenuhi keperluan masa terdekat tetapi juga memastikan bekalan masa hadapan.

Projek itu bakal mentransformasikan Tongod, selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri bagi mengurangkan kemiskinan dengan membawa masuk projek berimpak tinggi untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

Loji klinker dan simen bersepadu itu dijangka mewujudkan 1,000 pekerjaan.

Memorandum Perjanjian (MoA) juga ditandatangani antara Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd dan Sinoma Industrial Engineering (M) Sdn Bhd, pengeluar simen terbesar dan pemaju turnkey terbesar China dan di unia semasa acara itu.

Sinoma Industrial Engineering (M) Sdn Bhd komited untuk menyiapkan pembinaan loji itu dalam tempoh dua tahun.

Pengerusi Datuk Masiung Banah menandatangani bagi Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd, manakala Sun Jian, yang mewakili Pengerusi dan Pengarah Urusan Sinoma, Liu Tao, menandatangani untuk Sinoma.

Rubin berkata loji klinker dan simen bersepadu Tongod apabila siap, akan melengkapi loji Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd sedia ada di Sepanggar, di sini.

“Loji simen di Sepanggar akan terus beroperasi walaupun loji bersepadu Tongod ini telah siap dan beroperasi... jadi kita akan ada dua loji simen yang boleh membekalkan keperluan di negeri ini dan juga negara jiran,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.