Lokasi Kemalangan Pelajar UPSI, Sudah Ada Garisan Kembar

17 Jun 2025 • 5:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tular mengenai lokasi kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak sudah mempunyai garisan berkembar.

Perkara itu dikongsikan pengguna laman sosial baru-baru ini. Berdasarkan komen orang ramai, difahamkan pihak berkuasa tempat sudah pun mengecat garisan berkembar baharu di lokasi kemalangan berkenaan.

Sekeping gambar yang dimuat naik menunjukkan ia sudah dicat dengan garisan berkembar selain jalan rayanya sudah diturap semula.

image is not available

“Betul jalan ini turun bukit, kawasan kemalangan ini curam. Tiba-tiba ada line (garisan) jalan baru,” tulis seorang individu yang dipercayai dalam perjalanan dari Perak ke Kelantan.

Terdahulu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan lokasi nahas yang meragut 15 nyawa pelajar UPSI itu merupakan antara kawasan yang dikenal pasti bagi kerja-kerja baik pulih pada tahun ini melibatkan peruntukan sebanyak RM55 juta.

Menurutnya, pada Jun 2023, beliau meluluskan peruntukan RM30 juta untuk membina semula sebahagian laluan di FT04, manakala pada Ogos, Perdana Menteri memberi peruntukan tambahan RM30 juta lagi untuk menaik taraf laluan Gerik-Jeli.