Loke Arah MAVCOM Siasat AirAsia X Selepas Pasangan Terkandas Di Melbourne

6 Jan 2023 • 8:01 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Loke telah meminta pengurusan AirAsia X memohon maaf kepada pasangan yang terkandas. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengarahkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menyiasat dakwaan pasangan Malaysia yang terkandas di Melbourne, Australia selama empat hari, selepas syarikat penerbangan tempatan, AirAsia X menangguhkan perjalanan mereka.

Arahan itu sebagai maklum balas kepada aduan pengguna Twitter @NazFarid yang meluahkan kekecewaannya terhadap syarikat terbabit, selepas penerbangan pulang mereka dari Melbourne yang dijadualkan pada 2 Januari, tertangguh sehingga hari ini.

“Saya mengambil maklum aduan anda. Saya akan meminta pengurusan AirAsia X memohon maaf kepada semua penumpang terjejas. MAVCOM akan menyiasat kes ini,” katanya.

Menerusi beberapa ciapan di media sosial itu, @NazFarid menceritakan bahawa dia cuba menghubungi AirAsiaX mengenai kelewatan itu tetapi tidak menerima sebarang maklum balas.

Selepas itu, dia membuat laporan kepada MAVCOM berhubung perkara berkenaan kerana dia dan isterinya terpaksa menanggung kos tambahan yang tinggi akibat kelewatan terbabit.

“Ia adalah perbelanjaan untuk lima hari, memandangkan penerbangan kami sepatutnya pada jam 7 pagi, 2 Januari.

“Perbelanjaan kami melambung tinggi kerana terpaksa menempah hotel pada saat akhir.

“Malah saya ingin mengeluarkan ASB (Amanah Saham Bumiputera), namun tidak dapat berbuat demikian kerana cuti umum,” katanya.

Pasca pandemik COVID-19, AirAsia menyambung semula operasi penerbangan seperti biasa.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tempatan itu juga berdepan banyak cabaran, seperti kelewatan, pembatalan dan lebihan tempahan penerbangan. - The Vibes, 6 Januari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved