Loke kecewa insiden Aerotrain cemar imej negara -“Saya marah dan amat tekilan!”

LocalPolitics
30 Oct 2025 • 2:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, meluahkan rasa marah dan kecewa susulan insiden gangguan perkhidmatan Aerotrain di KLIA yang sekali lagi mencetus imej buruk terhadap sistem pengangkutan negara.

image is not available

Loke minta penjelasan pihak peneraju projek Aerotrain

Memetik laporan daripada Malaysiakini, beliau menegaskan bahawa tindakan tegas dan bersifat menghukum akan diambil terhadap Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), selain menuntut penjelasan daripada kontraktor projek IJM–Pestec Joint Venture (IPJV) dan Alstom, peneraju projek Aerotrain.

“Saya bukan mahu mempertahankan mereka.

“Betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat — imej tersebut amat memalukan. Saya sendiri malu melihat penumpang terpaksa mengambil bagasi mereka dan berjalan di atas landasan.

“Saya marah, dan saya juga amat tekilan dengan insiden tersebut,” katanya di Dewan Rakyat.

image is not available

Insiden libat Aerotrain tak boleh diterima

Menurut Loke, walaupun kadar operasi Aerotrain dilaporkan mencapai 99 peratus dalam tiga bulan kebelakangan ini, insiden pada 28 Oktober lalu tetap tidak boleh diterima.

MAHB memaklumkan gangguan itu berpunca daripada kerosakan sistem bekalan kuasa, sama seperti kejadian pada 15 Oktober, yang berada di bawah tanggungjawab kontraktor.

Beliau berkata, Kementerian Pengangkutan melalui APAD sedang menjalankan siasatan menyeluruh, dan hasilnya akan menentukan sama ada denda maksimum RM250,000 akan dikenakan terhadap MAHB.

“Tindakan punitif akan diambil supaya mesej jelas diberikan — walaupun mereka GLC, mereka tetap bertanggungjawab kepada rakyat,” ujarnya.

image is not available

Dalam pada masa yang sama juga, Loke dengan tegas menambah operasi Aerotrain tidak akan dihentikan sepenuhnya namun perlu dijamin berfungsi dengan baik oleh pihak OEM.

Sumber: Malaysiakini