Loke: Lebih 17,000 tiket penerbangan sehala ke Sabah, S’wak ditawar pada harga maksimum RM300

18 May 2023 • 2:55 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Sebanyak 17,708 tiket penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak dijual pada harga maksimum RM300 sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke (gambar) berkata harga istimewa itu ditawarkan oleh semua syarikat penerbangan dalam negara untuk tempoh perjalanan pada 27, 28 dan 29 Mei ke Sabah manakala 29, 30 dan 31 Mei ke Sarawak.

“Pengguna masih boleh membeli tiket pada harga yang lebih rendah sekiranya harga tiket asal tersebut kurang daripada RM300.

“Kerajaan beli (sebanyak 17,708 tiket) daripada syarikat-syarikat penerbangan dan kita jual semua pada harga diskaun iaitu maksimum RM300,” katanya pada sidang media selepas melepas Majlis Hari Raya Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), di Stesen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurut Loke, projek rintis itu bertujuan menyelesaikan masalah harga tiket penerbangan yang mahal ketika musim perayaan dan sekiranya berjaya, ia akan dibentangkan kepada Kabinet agar boleh dijadikan inisiatif berterusan.

Bersambung..