Lolos Dari Lokap Di Tapah, Dua Tahanan Warga Indonesia Masih Lagi Dalam Pencarian Pihak Polis

13 Jun 2023 • 9:33 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kedua-dua lelaki itu ditangkap disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen sebelum ditempatkan di lokap Balai Polis Tapah.

Lolos Dari Lokap Di Tapah, Dua Tahanan Warga Indonesia Masih Lagi Dalam Pencarian Pihak Polis. Dua tahanan warga Indonesia melarikan diri dari lokap Balai Polis Tapah, Siburan.

Mengesahkan perkara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kedua-dua suspek melarikan diri kira-kira 1 tengah hari, semalam.

image is not available
Lolos Dari Lokap Di Tapah, Dua Tahanan Warga Indonesia Masih Lagi Dalam Pencarian Pihak Polis

Suspek bernama Kelvin, 21 tahun dan Bony, 31 tahun.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dalam kenyataan hari ini berkata suspek bernama Kelvin, 21 tahun dan Bony, 31 tahun.

“Polis kini sedang giat mengesan kedua-dua suspek dan semua elemen digerakkan untuk Op Tutup di seluruh daerah Padawan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kedua-dua suspek yang disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen telah ditangkap sepasukan anggota Polis dari Balai Polis Kota Sentosa pada 7 Jun lalu dan ditempatkan di lokap Balai Polis Tapah untuk siasatan lanjut.

image is not available

Sehubungan itu, orang ramai diminta bekerjasama untuk menyalurkan maklumat berkenaan dengan dua suspek tersebut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau menjumpai individu yang mencurigakan boleh berhubung terus dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di talian 082-862233 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: