Lompat Dari Bot Bergerak, 4 Maut Patah Leher Sebab Cabaran TikTok

10 Jul 2023 • 5:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tular 4 individu maut selepas melakukan cabaran di TikTok

Lompat Dari Bot Bergerak, 4 Maut Patah Leher Sebab Cabaran TikTok. Satu hantaran video tular apabila empat individu di Alabama, Amerika Syarikat maut selepas melompat dari belakang bot bergerak.

Menerusi perkongsian itu, empat individu itu dipercayai mengikut cabaran di laman TikTok, iaitu membuat orang ramai melompat dari belakang bot berkelajuan tinggi dengan menggunakan kaki dahulu.

Menurut video tersebut, kelihatan segelintir individu itu melompat ke laut atau tasik, manakala yang lain melakukan aksi ‘backflip’.

image is not available
Sumber: hmetro

Skuad penyelamat sahkan kematian mereka serta-merta

Skuad Penyelamat Childersburg di Alabama, Kapten Jim Dennis mengesahkan kematian keempat mangsa berkenaan serta-merta selepas leher mereka patah.

“Dalam enam bulan lalu, kami menerima empat kes lemas yang sepatutnya boleh dielakkan kerana mereka melakukan itu akibat pengaruh cabaran TikTok.

“Dalam kes itu empat mangsa ini melompat dari bot menyebabkan mereka patah leher dan kematian serta-merta.

“Saya rasa orang ramai lebih cenderung melakukan sesuatu yang bodoh kerana mereka mahu menunjuk-nunjuk di hadapan rakan mereka untuk dimuat turun dalam media sosial,” katanya memetik laporan.

image is not available
Sumber: hmetro

Februari lalu juga terjadi insiden yang sama

Dalam pada itu, Dennis turut menyatakan bahawa pada Februari lalu, seorang lelaki yang mempunyai isteri dan tiga anak telah meninggal dunia disebabkan perkara atau insiden yang sama.

Tambahnya, difahamkan dalam kejadian tersebut, isterinya sedang merakam suaminya meluncurkan diri dari belakang bot.

Lelaki lagi meninggal dunia

Sementara itu, memetik sumber, insiden terbaharu tersebut berlaku pada Mei lalu, yang melibatkan seorang lelaki pertengahan umur. Didapati dua lagi yang meninggal dunia semasa melakukan cabaran TikTok tersebut adalah lelaki juga.

Baca juga artikel yang berkaitan: