Longkang di Kepayan, Manggatal diselenggara

LocalEnvironment
4 Jun 2025 • 10:33 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sidney Skinner

KERAJAAN melalui syarikat konsesi membersihkan longkang di tepi jalan di sebuah kejiranan di Kepayan, namun menegaskan bahawa kerja penyelenggaraan itu hanya mampu mengurangkan takungan air pada tahap minimum, melainkan cerun asal struktur longkang dikembalikan.

Sehubungan itu, syarikat berkenaan berharap Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mempertimbangkan untuk menaik taraf longkang di sepanjang Lorong Rampai memandangkan kerja-kerja struktur seperti ini di luar skop pengurusan mereka.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan sebuah parit besar di sebelah Lorong Buah Mempelam 3C di Manggatal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Langkah permbersihan itu diambil susulan maklum balas bahawa saluran itu tersumbat akibat tumbuhan air.

Pemilik rumah di Taman Selesa dan Taman Sepanggar Fasa 2 yang menyuarakan isu ini, bimbang mengenai risiko banjir kilat di kawasan masing-masing.

Mereka memberikan maklumat berkaitan masalah sistem saliran ini kepada Hotline. Ia kemudiannya dikemukakan kepada agensi berkaitan.

Jurucakap Jabatan Landskap DBKK berkata pekerja syarikat konsesi sudah membuang rumpai yang tumbuh di dalam longkang di Kepayan beberapa hari sebelum cuti umum Pesta Menuai minggu lalu.

“Kami dimaklumkan berlaku banyak mendapan di kawasan ini sejak longkang perumahan di kedua-dua bahagian Lorong Rampai dibina bertahun-tahun lalu,” katanya.

“Mendapan ini dipercayai menjejaskan pergerakan air larian hujan melalui struktur longkang itu.

“Disebabkan itu, air bertakung dan tumbuhan air mudah membiak di dalamnya.”

Menurut rekod syarikat, longkang tepi jalan di Lorong Rampai kali terakhir dibersihkan pada 16 April, katanya.

Katanya, kakitangan Jabatan memeriksa keadaan longkang berhampiran rumah pengadu pada minggu kedua Mei.

“Dia mendapati terdapat laluan konkrit dibina di atas satu bahagian longkang.

“Pembayar cukai yang membina laluan itu mungkin tanpa sedar telah menghalang aliran air.

“Kami syak serpihan simen mortar mungkin jatuh ke dalam longkang, jika tidak ke dalam pembetung dan mengeras di dasar apabila laluan itu dibina.”

Jurucakap itu berkata Jabatan Kejuruteraan agensi akan dimaklumkan berhubung pemerhatian terhadap laluan konkrit berkenaan serta kemungkinan berlaku mendapan di Taman Selesa.

“Rakan-rakan dari Jabatan Kejuruteraan perlu menentusahkan cara terbaik untuk menambah baik sistem saliran di kawasan perumahan ini.

“Mereka juga perlu memutuskan sama ada longkang tepi jalan ini perlu dinaik taraf.”

Bagi Taman Sepanggar Fasa 2 pula, JPS secara berperingkat telah menjalankan kerja pembersihan parit besar dekat kawasan perumahan itu sejak dua bulan lalu.

Jurucakap JPS berkata kontraktor telah menjalankan kerja pengorekan mendapan secara berperingkat sejak April.

“Kontraktor diarahkan memberi tumpuan khas kepada pembersihan tumbuhan air dari saluran keluar longkang,” katanya.

“Dia juga diberi tanggungjawab membersihkan rumput yang tumbuh terlalu panjang di tanah rizab di kedua-dua belah longkang.”

Dia berkata sebuah jengkaut digunakan bagi melancarkan kerja-kerja ini.

Apabila ditanya seberapa kerap longkang itu dibersihkan, jurucakap itu berkata tiada jadual tetap untuk penyelenggaraan struktur terbabit.

“Kami cuba membersihkan longkang di luar kawasan bandar sekurang-kurangnya setahun sekali.

“Jika peruntukan mengizinkan, kerja ini mungkin dapat dilakukan sekali lagi pada tahun sama.”

Katanya, longkang di bawah JPS dalam kawasan ibu negeri biasanya diselenggara sebanyak tiga hingga empat kali setahun.

Jurucakap itu berkata pihaknya menyedari masalah banjir yang berlaku di kawasan Manggatal ini.

“Kami sedang mengenal pasti kawasan-kawasan mudah banjir di sekitar pekan ini.”

Katanya, pihak agensi berharap dapat merangka penyelesaian kepada masalah banjir kilat yang menjejaskan penduduk dan pekerja di kawasan terbabit.

“Satu kajian mengenai sistem saliran di pekan ini perlu dijalankan untuk membantu usaha ini.”