Lonjakan inovasi dan transformasi, MINDEF lancar Pameran LIMA 2025

LocalBusiness & Finance
26 Apr 2024 • 8:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pertahanan atau MINDEF lancar Pameran LIMA 2025 yang dijadualkan akan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei 2025.

Menerusi satu kenyataan, pameran ini merupakan hasil anjuran bersama MINDEF dengan Global Exhibitions dan Conferences Sdn Bhd (GEC).

image is not available

Dengan bertemakan ‘Innovate Today, Thrive Tomorrow‘, Pameran LIMA 2025 telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Adly Zahari.

Tema itu telah dipilih untuk mengetengahkan kepentingan pemain industri untuk sentiasa berinovasi dan meningkatkan daya saing seiring dengan perkembangan teknologi.

Sementara itu, Adly berkata bagi memastikan kejayaan Pameran LIMA 2025, GEC telah menjalinkan kolaborasi strategik dengan beberapa syarikat lain.

MINDEF lancar Pameran LIMA 2025

image is not available

“Dalam memastikan kejayaan penganjuran LIMA 2025, GEC telah menjalinkan kolaborasi strategik bersama Arabian World Events, QUBE Integrated Malaysia Sdn Bhd dan SHP Media Sdn Bhd.

“Selain itu, Curio Pack Sdn Bhd, Malaysian Aerospace Industry Association (MAIA) dan Malaysia Industry-Government Group for High Technology (MiGHT) juga menyertai kolaborasi ini.

“Syarikat masih berterusan berbincang bersama dengan rakan strategik lain yang berpotensi untuk membawa LIMA 2025 ke tahap yang mampu memberikan impak positif kepada negara lain dan juga industri,” katanya.

image is not available

Walaupun baru dilancarkan hari ini, pameran ini yang memasuki edisi ke-17 mendapat sambutan awal yang menggalakkan daripada syarikat dalam dan luar negara.

Ini membuktikan Pameran LIMA adalah sebuah acara yang dinanti-nantikan oleh pemain tempatan dan antarabangsa dalam industri aeroangkasa dan maritim.

Selain pameran sedia ada, LIMA 2025 juga mengetengahkan beberapa segmen baru bagi menarik lebih banyak penyertaan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam pameran ini bagi kedua-dua aeroangkasa dan maritim.

Anjuran bersama GEC, MINDEF lancar Pameran LIMA 2025

image is not available

Pada masa yang sama, MINDEF turut menggalakkan Institusi Pendidikan Tinggi kerajaan dan swasta yang memiliki kepakaran dalam industri ini untuk menyertai Pameran LIMA 2025.

Menurut MINDEF, pameran ini merupakan antara inisiatif daripada kementerian utnuk menjadikan Pameran LIMA sebagai sebuah pusat perkembangan industri dan pembangunan sumber manusia.

Dalam pada itu, MINDEF juga akan bekerjasama rapat dengan GEC sebagai penganjur bersama bagi memastikan LIMA 2025 menjadi sebuah acara yang maju di persada antarabangsa.

image is not available

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham bin Ishak, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman, Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan, Panglima-panglima Perkhidmatan, Pegawai-pegawai Kanan Awam dan ATM.