Lori bawa muatan diesel musnah terbakar

13 Jan 2023 • 3:27 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KINABATANGAN: Sebuah lori yang membawa muatan enam unit tong diesel musnah terbakar di Lot M, di sini, pada Khamis.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, dalam satu kenyataan, menyatakan pihaknya menerima laporan kira-kira jam 6.49 pagi menerusi talian balai.

Sebuah pasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan diketuai Ketua Balai Nurul Azlan Shah Jamalludin, segera ke lokasi sejauh 7km itu dengan sebuah jentera.

Turut membantu di lokasi adalah lima anggota PDRM dan dua anggota Bomba bantuan.

Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran 200 kaki, satu pancutan dan dua tong ‘foam’ sumber air dari tangki jentera.

Operasi terkawal pada jam 7.25 pagi dan ditamatkan pada jam 8.37 pagi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.