Lori kontena langgar pondok kawalan, anggota polis cedera ringan

28 Jun 2023 • 9:30 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Seorang anggota polis yang bertugas di pondok kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah cedera ringan selepas pagar dan pondok kawalan berkenaan dilanggar sebuah lori kontena, awal hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Penguasa Kanan Bomba I Sabarodzi Nor Ahmad berkata Balai Bomba dan Penyelamat Tapah menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 1.20 pagi.

Beliau berkata setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori kontena melanggar pagar dan pondok polis IPD Tapah serta seorang mangsa iaitu anggota polis yang sedang bertugas di pondok kawalan itu cedera ringan.

“Mangsa kemudian dibawa ke hospital dengan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),“ katanya dalam kenyataan hari ini. -Bernama