Lori Langgar 15 Kenderaan, Nasib Tiada Yang Terkorban

LocalCars
14 Apr 2025 • 12:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sebuah lori yang merempuh 15 kenderaan di susur keluar berdekatan Plaza Tol Serenia, Cyberjaya, rupa-rupanya mengalami masalah brek .

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden G K Shan Gopal selepas pihaknya membuat siasatan.

"Lori terbabit dipercayai mengalami masalah teknikal (brek) dan telah hilang kawalan sebelum melanggar 15 buah kenderaan yang berada di kiri dan kanan jalan untuk menunggu giliran keluar dari susur menghala ke Cyberjaya.

image is not available

"Pelanggaran hanya melibatkan kerosakan kepada beberapa kenderaan terlibat dan tidak melibatkan sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan sebuah lori melanggar beberapa buah kenderaan di sebuah jalan dekat kawasan Dengkil.

Susulan itu, lebih 10 kenderaan rosak teruk manakala aliran trafik di kawasan kemalangan, sesak teruk.