Lori muatan pasir hangus

6 Apr 2024 • 6:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba menjalankan kerja pemadaman sebuah lori membawa muatan pasir yang terbakar dalam kejadian dekat Kilometer 11.2 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) di sini pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Sebuah lori membawa muatan pasir musnah dalam kebakaran di Kilometer 11.2 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) di sini pada Sabtu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 G Segar berkata, pihaknya menerusi Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 4.16 petang.

"Pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat dan Balai Bomba dan Penyelamat Setapak kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Operasi melibatkan 24 anggota bomba bersama dua buah jentera.

"Anggaran kemusnahan sebanyak 100 peratus dan tiada mangsa yang terlibat," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, operasi pemadaman dibantu lapan anggota Pasukan Bomba Sukarela Gombak dan empat anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM).

Menurutnya, setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved