
KUNAK: Seorang pemandu lori simen berdepan detik cemas apabila brek kenderaan yang dipandunya tiba-tiba gagal berfungsi, ketika dia sedang membelok di bulatan jalan di KM1 Jalan Kunak Spur, di sini pada pagi Jumaat.
Pemandu itu dalam perjalanan dari Semporna menuju ke pekan Kunak, membawa campuran simen ke satu lokasi pembinaan taman awam di sini.
Apabila tiba di bulatan itu, brek lori itu tidak berfungsi, menyebabkan pemandunya hilang kawalan. Lori itu terbalik di pinggir jalan selepas pemandunya mengambil keputusan memandu kenderaannya ke kawasan itu untuk mengelak daripada melanggar kenderaan lain.
Satu tiang lampu jalan juga tumbang selepas dirempuh oleh lori itu.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



