Lori Tak Bertanggungjawab Langgar Lari Penunggang Motosikal Di Kuching

11 Sep 2022 • 2:38 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penunggang motosikal dilanggar, pemandu lori lari.

Lori Tak Bertanggungjawab Langgar Lari Penunggang Motosikal Di Kuching. Kes kemalangan sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat terutamanya melibatkan pelanggaran motosikal.

Namun, dalam kalangan masyarakat kita ini ada segelintir yang suka untuk lepas tangan apabila terlibat dalam kemalangan tidak mahu untuk bertanggungjawab.

Telah tular satu rakaman dashcam milik netizen, seorang penunggang motosikal dilanggar oleh sebuah lori dalam kejadian di kawasan persiaran kenyalang Jalan Chawan, Kuching.

image is not available
Lori Tak Bertanggungjawab Langgar Lari Penunggang Motosikal Di Kuching

Sikap tidak mahu bertanggungjawab pemandu lori memudaratkan mangsa kemalangan

Dalam rakaman tersebut, kelihatan sebuah lori yang melanggar penunggang tersebut lari dari tempat kejadian dan membiarkan mangsa kemalangan terlantar di atas jalan raya dalam kecederaan.

Abang mangsa, Andrew Carter membuat hantaran di Facebook mengatakan adiknya telah dilanggar di kawasan Persimpangan Kenyalang dan meminta netizen untuk tampil beri maklumat berkenaan lori yang memotong arus jalan berkenaan.

Lihat video penuh di bawah:

https://www.facebook.com/blackyl/videos/3330024297285972/
Kejadian langgar lari melibatkan sebuah lori dan motosikal. Kredit: FB Andrew Carter

Penunggang cedera di kepala

Rempuhan tersebut telah menyebabkan penunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan di bahagian dahi akibat hentakan di bahagian bucu ‘bucket’ lori tersebut.

Setakat ini maklumat lanjut berkaitan kemalangan tersebut belum diketahui dan diharap pemandu lori tersebut segera tampil untuk bertanggungjawab di atas kecuaian yang berlaku.

image is not available
Keadaan motosikal mangsa kemalangan. Kredit: FB Andrew Carter

Malang tidak berbau, hati-hati ketika berada di jalan raya. Baca lagi pautan di bawah:

https://www.iloveborneo.my/lagak-kebal-sempat-dirakam-netizen-dua-pelajar-sekolah-berani-langgar-lampu-merah-di-kuching/