Lori tanah rempuh lori sampah, dua kereta 'terseret', enam cedera

21 Oct 2025 • 12:12 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KAPAR, 21 OKT: Enam cedera selepas sebuah lori tanah merempuh lori sampah sebelum dua kereta turut terseret dalam kemalangan di Jalan Meru Tambahan, berhampiran Pekan Meru, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 9.07 pagi itu membabitkan empat kenderaan termasuk dua kereta jenis Perodua Myvi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar diketuai Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Ahmad Fuad Nasruddin Johari dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Siasatan awal mendapati lori tanah terbabit melanggar lori sampah sebelum merempuh dua kereta Myvi yang berada di laluan sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiga warga asing yang menaiki lori sampah mengalami kecederaan, termasuk dua patah kaki, sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk rawatan lanjut.

Katanya, seorang pemandu Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala seorang lagi cedera di tangan kiri dan dibawa orang awam ke Hospital UiTM Puncak Alam.

"Pemandu lori tanah tidak cedera. Operasi menyelamat dan pemantauan berjalan lancar sebelum semua mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved