Lori tangki minyak terbakar

27 Mar 2023 • 10:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebuah lori tangki minyak dipercayai terbakar dalam kejadian di Kampung Beris Lalang, Bachok pada Isnin.

BACHOK - Sebuah lori tangki minyak terbakar dalam kejadian di Kampung Beris Lalang di sini pada Isnin.

Bagaimanapun, kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Pegawai operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zamizi Muhamad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.22 petang dan tiba di lokasi 16 minit kemudian.

"Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati sebuah lori tangki minyak sedang terbakar 100 peratus.

"Kebakaran terbabit juga telah melibatkan kabel elektrik," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pihaknya terpaksa meminta bantuan tanker daripada Balai Bomba Penyelamat Kota Bharu, Pasir Puteh dan Tok Bali untuk kerja-kerja memadam kebakaran.

Ujarnya, operasi memadam kebakaran mengambil masa 15 minit dan tamat sepenuhnya jam 9.14 malam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved