Lori terbabas depan sekolah di Tamparuli

10 Jul 2025 • 11:57 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

TAMPARULI: Orang ramai yang menunggu ketibaan anak masing-masing selepas sesi persekolahan di hadapan sebuah sekolah di sini, cemas apabila sebuah lori hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh kenderaan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira 1 petang Selasa lalu itu.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Supt Noraidin Ag Maidin berkata, pihaknya melihat satu rakaman tular mengenai kejadian di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tamparuli.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Siasatan awal mendapati lori 10 tan membawa muatan batu dari Kota Kinabalu menghala ke Ranau.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu lori terbabit hilang kawalan dan merempuh tiang lampu di pembahagi jalan serta satu kenderaan kereta jenis Perodua Alza yang diparkir di tepi laluan bertentangan.

“Tiang lampu yang dirempuh turut menghempap kenderaan lain. Mujur, ketika kejadian, tiada orang awam di dalam kedua-dua kenderaan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, pemandu lori itu dikatakan cuba mengelak kereta Perodua Myvi yang berhenti secara mengejut di hadapannya.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

“Beberapa saksi dirakam percakapan bagi membantu siasatan. Ujian air kencing ke atas pemandu lori pula negatif,” katanya.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan berhemah ketika memandu dan sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya yang ditetapkan.