Lori Terbakar Masuk Laluan Bertentangan, Nasib Tiada Yang Terkorban

LocalCars
12 Oct 2024 • 4:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Satu klip video tular di internet yang menunjukkan sebuah lori tangki terbakar meluru laju di laluan bertentangan di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) arah utara.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka itu, dua kereta dan sebuah motosikal dilihat sempat mengelak daripada terlanggar lori yang bergerak laju dalam keadaan terbakar sebelum kenderaan itu berhenti di lorong kecemasan lebuh raya.

image is not available

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, lori tangki pandu lelaki berusia 53 tahun itu gagal dikawal sebelum terlanggar Proton Saga yang berada di lorong kanan, menyebabkan kereta itu berpusing dan melintang di tengah lebuh raya.

"Selepas itu, lori tangki melanggar besi penghadang jalan sebelah kanan (di tengah lebuh raya) sehingga memasuki laluan arah bertentangan dan berhenti di lorong kecemasan dalam keadaan terbakar.

image is not available

"Kemalangan menyebabkan serpihan kenderaan berterabur di atas lebuh raya sebelum dua kereta lain iaitu jenis Perodua Bezza dan Mazda CX3 dari arah bertentangan terlanggar serpihan itu," katanya.

Mujur, pemandu Proton Saga iaitu seorang wanita berusia 21 tahun terselamat dengan hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.